MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35

Monday, April 12, 2010

Gelanggang Futsal

0 comments
Pihak PIBG telah berjaya mengusahakan sebuah gelanggang serbaguna futsal dengan kerjasama & bantuan pihak YB Ahli Parlimen Kampar ( Dato' Lee Chee Leong ) dan Kementerian Belia & Sukan (KBS). Kemudahan gelanggang serbaguna ini memberi banyak manfaat kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti sukan futsal, sepak takraw, bola jaring, bola baling dan sebagainya. Gelanggang ini juga turut dibuka kepada orang awam dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh PIBG.

Sunday, April 11, 2010

Peterana Bestari

0 comments
Pihak PIBG telah mengorak langkah proaktif membina sebuah pondok bacaan "PETERANA BESTARI' untuk kegunaan pelajar sekolah ini sebagai tempat proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini bagi membantu para guru dan pelajar melaksanakan pengajaran di luar kelas. Secara tidak langsung ini memberikan motivasi kepada pelajar untuk merasai suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Pondok bacaan ini dilengkapi dengan meja, kerusi, kipas, almari, rak, bahan-bahan bacaan (akhbar & buku ) sekilas pandang Peterana Bestari ini bagaikan cyber cafe untuk pelajar.

PROJEK TANAM PISANG

0 comments
AJK PIBG sebulat suara bersetuju mengusahakan Projek Pisang dimana projek ini merupakan program memanfaatkan tanah sekangkang kera di kawasan sekolah. Ia diusahakan dengan  menanam pokok pisang. Hasil projek ini akan dikongsi bersama oleh pengusaha dan pihak sekolah dalam usaha menampung sumber kewangan PIBG.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35

0 comments
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35 telah diadakan pada 27 Mac 2010 (Sabtu) jam 8.30 pagi di dewan SMK Kampar. Turut diadakan semasa mesyuarat ini ialah program Ikrar & Aku Janji Pelajar (PMR & SPM) bersama ibu bapa. Semuanya selesai mengikut sepertimana yang dirancang. Tahniah kepada semua AJK PIBG yang baru dilantik. Semoga peranan PIBG akan membantu melonjakkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum SMK Kampar.